top of page
Search
riablogvoge

Punca Masalah Gangsterisme Di Kalangan Remaja



Kegiatan gengsterisme merupakan salah satu tingkah laku atau perlakuan agresif yang boleh merosakkan, memudaratkan, menyakitkan, atau mencederakan individu lain selain daripada melanggar peraturan undang-undang negara. Kajian lepas telah menunjukkan bahawa jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah di Malaysia semakin meningkat terutama dalam kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. Justeru itu, kertas kajian ini mengenal pasti punca yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah kegiatan gengsterisme daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menangani kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Johor. Objektif kajian ini ialah (i) menghuraikan statistik kegiatan gengsterisme di negeri Johor, (ii) mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi pelajar yang terlibat dalam gengsterisme di sekolah menengah dan (iii) mengenal pasti kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah.




punca masalah gangsterisme di kalangan remaja




Dasawarsa ini, gejala buli dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat liputan. Perkongsian video yang dimuat naik di laman media sosial tentang kes pembulian yang melibatkan pelajar sekolah menjadi titik persoalan sampai bila gejala yang kurang sihat ini berlaku dalam masyarakat kita. Sekolah merupakan institusi yang mulia untuk menimba ilmu tetapi dicemari dengan perkara yang merosakkan akhlak anak-anak muda kita. Bahasa menunjukkan bangsa di mana tingkah laku kita mencerminkan sifat kelakuan asal keturunan kita. Mari kita mengenal pasti punca gejala buli dan langkah-langkah untuk mengatasinya.


Antara punca perlakuan gejala tidak sihat dalam kalangan anak-anak adalah berpunca daripada keharmonian keluarga mereka sendiri. Bak kata peribahasa Melayu, bapa borek, anak rintik yang bermaksud tauladan ibu dan bapa membentuk keperibadian anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang atau perhatian apabila di rumah akan memberikan tekanan kepada seseorang anak muda kerana tiada tempat mengadu dan kemahuan untuk melepaskan tekanan tersebut disalurkan dengan membuli pelajar lain. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab mengenali anak-anak mereka dan mendidik mereka dengan keperibadian mulia dan unggul agar sahsiah mereka yang cemerlang akan menjadikan mereka seorang yang berjaya kelak.


Selain itu, punca gejala buli ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita diperingkat remaja adalah disebabkan pengaruh televisyen dan media massa. Faktor umur yang semakin menaik menjadikan seseorang itu ingin menunjukkan kekuatannya dengan menjadi pembuli hasil pengaruh daripada filem-filem tempatan seperti KL Gangster dan lain lain. Bahan seni yang memaparkan sisi buruk sebuah masyarakat tidak sepatutnya menjadi tontonan umum kerana kanak-kanak yang kecil mudah terpengaruh dan ingin mencuba perkara baru. Penggiat seni dan stesen televisyen hendaklah memaparkan keindahan dan kemakmuran serta kekayaan budi bahasa rakyat kita dengan lebih banyak dan kerap agar ia menjadi ikutan anak muda sekaligus menjadi tanggungjawab sosial golongan media dalam membantu membina masyarakat yang bahagia dan harmoni.


Langkah yang boleh diambil dalam mengelakkan gejala buli dalam kalangan anak muda adalah dengan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa berperanan penting dalam mengambil berat segala aspek kehidupan anak-anak mereka. Perkongsian masalah, perbualan tentang lumrah kehidupan dan beriadah bersama-sama adalah contoh amalan mulia yang sepatutnya diamalkan dalam setiap institusi kekeluargaan dimana hubungan menjadi bertambah rapat dan kasih sayang antara ahli keluarga menjadi kukuh dan dipercayai. Ibu bapa hari ini juga perlu lebih bersedia dalam ilmu mendidik anak muda kerana cabaran dan dugaan generasi hari ini berbeza berbanding waktu mereka. Perbandingan zaman yang ketara perbezaannya tidak boleh disamakan tetapi ibu bapa boleh mencari idea dan berbincang apakah perkara yang baik dan tidak baik untuk anak-anak mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.


Sejak melepasi era Botak Chin, Batang Kali; Malaysia kini berhadapan dengan kebangkitan gelombang gangsterisme yang menunjukkan penglibatan tinggi di kalangan belia India negara ini berbanding lain-lain kaum.


Sidang meja bulat yang diketuai DAP dalam pembentukan Jawatankuasa Bertindak Menangani Gangsterisme di Kalangan Belia India di parlimen semalam telah menemukan beberapa faktor utama mengapa wabak gangsterisme makin berleluasa dikalangan belia komuniti itu.


Keciciran pendidikan ditahap sekolah telah menyebabkan golongan miskin India ini terus terpinggir dalam arus pendidikan dan pembangunan nasional. Tiada kelayakan bererti tiada pekerjaan. Penggangguran yang berlaku menyebabkan mereka terjerumus kekancah gangsterisme. Tidak hairanlah apabila Ahli Parlimen Seremban John Fernandez mendedahkan 45 peratus penghuni penjara di Malaysia adalah dari kalangan kaum India.


Isu gangsterisme di kalangan belia India bukanlah perkara terpencil yang remeh. Umpama api dalam sekam, ia bakal memberi impak negatif terhadap keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, dasar ekonomi dan urus tadbir Malaysia.


Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya kerana mereka lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Mereka akan terburu-buru menurut ajakan dan suruhan kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan bergaul dalam kumpulan remaja yang bersikap negatif dan bermasalah dalam kehidupan sehari-hari.


Salah satu punca keruntuhan akhlak ialah sifat semulajadi remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mereka ingin mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja terlalu ghairah untuk menunjukkan kehebatan diri sehingga mendorong diri sendiri terlibat dalam aktiviti haram seperti gejala merokok, penyalahgunaan dadah dan vandalisme.


Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.


Memang adalah tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial yang melanda Malaysia kian meruncing baru-baru ini. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas hinggalah berlaku pelbagai masalah sosial seperti merokok, ponteng sekolah, gangsterisme, vandalisme, pembuangan bayi dan penagih dadah di kalangan mereka. Menurut kajian, gejala sosial di kalangan mereka telah meningkat dari semasa ke semasa. Banyak pihak yang amat membimbangkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya para ibu bapa dan pendidik, maka langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil supaya dapat mengatasi masalah ini.Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka berkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Mereka haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dab bermain badminton. Mereka juga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak-anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam kancah sosial.Selain itu, pihak sekolah juga merupakan salah satu cara yang boleh membendung masalah ini. Guru-guru seolah-olah ibu bapa para remaja di sekolah. Guru-gurur memberikan nasihat dan menolong mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah di sekolah. Guru-guru agama, pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan berperanan untuk memberikan pendidikan agama dan moral kepada para pelajar. Mata-mata pelajaran ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai pegangan agama dan nilai moral yang kuat adalah dipercayai tidak mudah diperdaya oleh kawan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah haruslah kerap menjalankan sesi kaunseling dengan para pelajar terutamanya mereka yang terlibat dengan masalah disiplin supaya dapat membentuk jati diri yang teguh dalam jiwa mereka. Pihak sekolah turut boleh mengadakan ceramah dan kempen contohnya kempen pencegahan jenayah yang mendedahkan para pelajar tentang kesan-kesan negatif terlibat dalam gejala sosial dengan mengharapkan mereka dapat menjauhi diri dari perbuatan negatif itu.Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sumbangan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaj-remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari melibatkan diri dalam gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Untuk mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil.Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020. 2ff7e9595c


0 views0 comments

Recent Posts

See All

Sami Gaming Fifa Mobile apk

Sami Gaming FIFA Mobile APK: o que é e como fazer o download Introdução Se você é fã de jogos de futebol em seu dispositivo móvel,...

Comments


bottom of page